Menurut Draf rancangan MPSJ 2008-2020, tanah perkuburan di Hutan Simpanan Ayer Hitam (HSAH) akan diperluaskan kepada lebih kurang 150 ekar menghapuskan hutan simpanan dari SP 9 hingga hujung SP 10 dan LEP 7. Ini bermakna tanah perkuburan HSAH adalah 50% saiz Saujana Puchong dan 70% saiz Lestari Puchong.
Tarikh Akhir untuk bantahan kepada MPSJ adalah 28 Jan 2008.
Disebabkan Tanah Perkuburan Mega ini, SCT akan mengadakan program berikut:
1. Wakil SCT dari setiap taman akan memberi borang kepada penduduk untuk membantah
draf rancangan MPSJ berkenaan tanah perkuburan ini.
2. Mulai dari 7 Jan 2008 (7 - 13 Jan 2008), SCT akan mengadakan satu secretariat yang akan berada di Restoran AS-Subuh dari pukul 10 pm hingga 11.30 pm untuk menjawab segala pertanyaan penduduk.
3. Pada 14 Jan 2008, pukul 10 pagi, SCT berharap semua jiran-jiran akan bersama-sama di
MPSJ (USJ) untuk bersama-sama menyerahkan borang bantahan masing-masing.
Sila beritahu jiran-jiran sekalian kerana perkara ini akan membebankan setiap penduduk di kawasan ini.
Di samping itu, SCT juga memerlukan sukarelawan-sukarelawan dari setiap taman untuk memberi borang and menjelaskan masalah ini kepada penduduk. Sesiapa yang ini membantu, sila hubungi kami.
Untuk maklumat lanjut, sila panggil Mr. Ang 012-292 6378, Mr. Ng 012-2353280 , Mr. Yew 012 3036583 atau email kami di sct.saujanapuchong@gmail.com