Monday, December 31, 2007

Program SCT membantah Rancangan MPSJ MEMPERBESARKAN tanah perkuburan di Hutan Simpanan Ayer Hitam

Jiran-jiran sekalian,

Menurut Draf rancangan MPSJ 2008-2020, tanah perkuburan di Hutan Simpanan Ayer Hitam (HSAH) akan diperluaskan kepada lebih kurang 150 ekar menghapuskan hutan simpanan dari SP 9 hingga hujung SP 10 dan LEP 7. Ini bermakna tanah perkuburan HSAH adalah 50% saiz Saujana Puchong dan 70% saiz Lestari Puchong.

Tarikh Akhir untuk bantahan kepada MPSJ adalah 28 Jan 2008.



Disebabkan Tanah Perkuburan Mega ini, SCT akan mengadakan program berikut:

1. Wakil SCT dari setiap taman akan memberi borang kepada penduduk untuk membantah
draf rancangan MPSJ berkenaan tanah perkuburan ini.

2. Mulai dari 7 Jan 2008 (7 - 13 Jan 2008), SCT akan mengadakan satu secretariat yang akan berada di Restoran AS-Subuh dari pukul 10 pm hingga 11.30 pm untuk menjawab segala pertanyaan penduduk.

3. Pada 14 Jan 2008, pukul 10 pagi, SCT berharap semua jiran-jiran akan bersama-sama di
MPSJ (USJ) untuk bersama-sama menyerahkan borang bantahan masing-masing.

Sila beritahu jiran-jiran sekalian kerana perkara ini akan membebankan setiap penduduk di kawasan ini.

Di samping itu, SCT juga memerlukan sukarelawan-sukarelawan dari setiap taman untuk memberi borang and menjelaskan masalah ini kepada penduduk. Sesiapa yang ini membantu, sila hubungi kami.

Untuk maklumat lanjut, sila panggil Mr. Ang 012-292 6378, Mr. Ng 012-2353280 , Mr. Yew 012 3036583 atau email kami di sct.saujanapuchong@gmail.com

Calon KEADILAN DI PUCHONG, ENCIK CHEAH SANG SOON menjawab kenyataan akhbar Ahli Parlimen Puchong berkenaan dengan Protest SCT pada 16 Dec 2007

Pada 26 Dec 2007, calon KEADILAN untuk kawasan Puchong pada pilihanraya akan datang, Encik Cheah Sang Soon menjawab kenyataan akhbar YB Puchong, Encik Lau Yeng Peng berkenaan tentang protes SCT di Pejabat YB Puchong pada 16 Dec 2007.


Kenyataan akhbar Encik Cheah pada 26 Dec 2007

(蒲种26日讯)雪州公正党青年团副团长谢双顺,针对蒲种区国会议员卢永平於17日 发表文告指责反对党利用大选的时刻,政治化反对亚依谈兴建坟地事件,以从中捞取政治资本 指出:作为马来西亚合法的政党,应有权利和义务为普罗大从争取他们的权益;而人民不应该因为和反方对党站在同一阵线,而被冠上被反对党利用之嫌。这唯免太低估人民的智慧和判断能力了。
谢双顺表示:虽然,卢氏一再强调亚依谈坟地发展计划非属国会批准范围,早在2003年前,已批准通过此项计划,然而,蒲种 的屋业发展计划里,一直没有将这项批准划入蓝图里,让有意购买蒲种屋业的居民预先知道这项发展,这对于当地的居民是绝对不公平的。
而身为 一个负责任的国会议员,不应该推唐这一切事情的发生是在他当选之前的事,更重要的是,卢氏在2006年5月13日出席居民聚会时,公开表态愿意与居民站在同一阵线,协助居民解决义山问题,最后却表示成功争取把坟地与周围环境的美化缓冲的距离,从原有的20尺扩至30尺,但这并不是居民最终的意愿。
谢氏进一步指出,虽然卢氏表示将会选择以大多数人民的意愿为依归,但是却不能不理会受影响的五个住宅区居民的感受。况且,兴建坟地是不是一定要在这片蒲种仅存的森林,还是可以另寻他处呢?除非情非得意,别无选择,要不然雪州仍有许多地方可供发展坟地,何必将事情演变成死人和活人争地呢?
再说,将心比心,又有谁愿意自己的住家和坟场为邻?除了要蒙受屋价的下跌外,凡是祭祖之日还要蒙受交通诸塞之苦,这不是一句:以大多数人民的利益为依归堂皇的话,所能弥补当地居民的精神伤害之苦。

Sunday, December 30, 2007

Laporan Akhbar Untuk Penyerahan Memorandum kepada Ahli Parlimen Puchong 16 Dec 2007



























































Penyerahan Memorandum Kepada YB Puchong untuk MENGOTAKAN JANJINYA

Sebagaimana yang diketahui, pihak SCT tidak diberikan permit untuk protes 16 Dec 2007 tetapi diberi kebenaran lisan oleh pihak polis untuk menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Puchong, YB Lau Yeng Peng.

Demi menjaga keselamatan penduduk-penduduk, pihak SCT bersama wakil polis menunggu di Giant, Bandar Puteri Puchong untuk memberitahu penduduk-penduduk serta penyokong-penyokong bahawa protes sudah dibatalkan.

Disebabkan, ramai penduduk dan penyokong yang sudi datang pada hari itu, pihak SCT mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kepercayaang mereka yang padu kepada SCT.

Selain itu, pihak SCT bersyukur kerana dengan bantuan mesra dari pihak polis, semua penduduk dan penyokong yang sudi datang dapat balik dengan selamat.

Selain itu, pihak SCT juga hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Cheah Sang Soon dari Keadilan, Saudara Kuan Pek Siong dari DAP dan Saudara Mohd Nasir dari PAS yang sudi bersama wakil SCT menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Puchong, Encik Lau Yeng Peng.

Malangnya, YB Lau dan wakil-wakilnya tiada di pejabat (walaupun sudah diberitahu kami akan datang) dan tidak menyambut kami untuk menerima memorandum yang menyeru beliau mengotakan janjinya.

Gambar-gambar aktiviti kami pada 16 Dec 2007 boleh dilihat mengikut link di bawah:
Untuk 'Caption', sila masuk ke gambar satu demi satu.

http://picasaweb.google.com/sooncm/SCTMemorandum?authkey=ADBLwFQHQwA

Saturday, December 15, 2007

Protest Di Pejabat YB Puchong Pada 16 Dec 2007 DIBATALKAN. Penghantaran Memorandum kepada YB Puchong Dan Sidang Akhbar Akan DITERUSKAN.

Kepada jiran-jiran yang disayangi,

SCT diberitahu bahawa Permohonan Permit untuk Protest di Pejabat YB Puchong, Encik Lau Yeng Peng pada hari Ahad (16 Dec 2007) ini tidak diluluskan oleh pihak polis.

Kami diberitahu tentang keputusan ini pada malam hari Jumaat, 14 Dec 2007.

Memandangkan cara pengendalian “suasana demontrasi” yang semakin tegas, pihak SCT membuat keputusan untuk membatalkan Protest pada Hari Ahad ini demi keselamatan jiran-jiran sekalian.

Walau bagaimanapun, pada malam Hari Jumaat yang sama, pihak SCT telah berbincang dengan Polis Cawangan Khas, IPD Seri Kembangan untuk mencari cara penyelesaian yang adil kepada kedua-dua pihak serta menjamin keselamatan jiran-jiran yang hadir.

Dalam perbincangan ini, Pihak Polis Cawangan Khas, IPD Seri Kembangan bersetuju secara verbal untuk:

i. memberi wakil SCT menghantar memorandum kepada YB Puchong, Encik Lau Yeng Peng

ii. memberi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) SCT berkumpul di Giant dengan Polis Cawangan Khas untuk bersama-sama memberitahu jiran-jiran yang tiba bahawa Protest telah Dibatalkan.

iii. Memberi wakil SCT mengadakan SIDANG AKHBAR di Restoran Mamak bersebelahan dengan Pejabat YB Puchong.

Terima Kasih.

SCT