Saturday, December 15, 2007

Protest Di Pejabat YB Puchong Pada 16 Dec 2007 DIBATALKAN. Penghantaran Memorandum kepada YB Puchong Dan Sidang Akhbar Akan DITERUSKAN.

Kepada jiran-jiran yang disayangi,

SCT diberitahu bahawa Permohonan Permit untuk Protest di Pejabat YB Puchong, Encik Lau Yeng Peng pada hari Ahad (16 Dec 2007) ini tidak diluluskan oleh pihak polis.

Kami diberitahu tentang keputusan ini pada malam hari Jumaat, 14 Dec 2007.

Memandangkan cara pengendalian “suasana demontrasi” yang semakin tegas, pihak SCT membuat keputusan untuk membatalkan Protest pada Hari Ahad ini demi keselamatan jiran-jiran sekalian.

Walau bagaimanapun, pada malam Hari Jumaat yang sama, pihak SCT telah berbincang dengan Polis Cawangan Khas, IPD Seri Kembangan untuk mencari cara penyelesaian yang adil kepada kedua-dua pihak serta menjamin keselamatan jiran-jiran yang hadir.

Dalam perbincangan ini, Pihak Polis Cawangan Khas, IPD Seri Kembangan bersetuju secara verbal untuk:

i. memberi wakil SCT menghantar memorandum kepada YB Puchong, Encik Lau Yeng Peng

ii. memberi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) SCT berkumpul di Giant dengan Polis Cawangan Khas untuk bersama-sama memberitahu jiran-jiran yang tiba bahawa Protest telah Dibatalkan.

iii. Memberi wakil SCT mengadakan SIDANG AKHBAR di Restoran Mamak bersebelahan dengan Pejabat YB Puchong.

Terima Kasih.

SCT

No comments: