Sunday, December 30, 2007

Penyerahan Memorandum Kepada YB Puchong untuk MENGOTAKAN JANJINYA

Sebagaimana yang diketahui, pihak SCT tidak diberikan permit untuk protes 16 Dec 2007 tetapi diberi kebenaran lisan oleh pihak polis untuk menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Puchong, YB Lau Yeng Peng.

Demi menjaga keselamatan penduduk-penduduk, pihak SCT bersama wakil polis menunggu di Giant, Bandar Puteri Puchong untuk memberitahu penduduk-penduduk serta penyokong-penyokong bahawa protes sudah dibatalkan.

Disebabkan, ramai penduduk dan penyokong yang sudi datang pada hari itu, pihak SCT mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kepercayaang mereka yang padu kepada SCT.

Selain itu, pihak SCT bersyukur kerana dengan bantuan mesra dari pihak polis, semua penduduk dan penyokong yang sudi datang dapat balik dengan selamat.

Selain itu, pihak SCT juga hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Cheah Sang Soon dari Keadilan, Saudara Kuan Pek Siong dari DAP dan Saudara Mohd Nasir dari PAS yang sudi bersama wakil SCT menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Puchong, Encik Lau Yeng Peng.

Malangnya, YB Lau dan wakil-wakilnya tiada di pejabat (walaupun sudah diberitahu kami akan datang) dan tidak menyambut kami untuk menerima memorandum yang menyeru beliau mengotakan janjinya.

Gambar-gambar aktiviti kami pada 16 Dec 2007 boleh dilihat mengikut link di bawah:
Untuk 'Caption', sila masuk ke gambar satu demi satu.

http://picasaweb.google.com/sooncm/SCTMemorandum?authkey=ADBLwFQHQwA

No comments: